ANTI KLIK KANAN
PENGENALAN
Shahrich Enterprise adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera.
Shahrich Enterprise dikenali sebagai Shahrich® Aiskrim. Syarikat mula beroperasi pada Ogos 2016.
Syarikat menjalankan perniagaan penjualan aiskrim, pemprosesan aiskrim, pengeluaran aiskrim dan pengedaran aiskrim pertama di Bandar Jengka Pahang.
Sebelum mula berkecimpung dalam perniagaan aiskrim, CEO dan isteri menghadiri kursus pembuatan aiskrim di Kilang Kifayah Kuantan Pahang pada 1 Ogos 2016. Selepas seharian menimba ilmu, CEO dan isteri dianugerahkan sijil khas untuk memulakan perniagaan aiskrim ini.
Pada permulaanya, Syarikat menggunakan nama Aiskrim Kifayah Jengka.
Bermula pada Disember 2017, CEO telah menjenamakan semula nama perniagaan beliau kepada Shahrich® Aiskrim.
Shahrich® Aiskrim beroperasi sepenuhnya di:
No.B10, Anjung Selera,
26400 Bandar Jengka,
Pahang Darul Makmur.